Monday, 29 April 2013

:')

Assalamualaikum

      Ya Allah, aku mohon kepadamu. hilangkan segala kebencian, sakit hati dan seumpama dengannya terhadap kawan aku. aku tak sanggup nak benci dia. tapi, aku juga sakit hati dengannya atas apa yang dia perbuat. apa yang harus aku buat ya Allah?

      seriously, not in mood today. today Monday, bersamaan 29.4.2013. penghujung bulan 4 and masuk kepada bulan baru, Mei :') aku harap pada bulan itu akan selesai segala persengketaan, konflik yang melanda dan akan jalani hidup baru dengan sebuah senyuman, keceriaan seperti dahulu kala :')

     At school, hanya pura- pura :') dari pagi sampailah ke balik, mereka tidak tahu yg aku tak ada mood. just    balik tadi, azmil je yg nampak. pelik betul dia tuu. nampak ajeee apa yg aku buat. haihhh esok dia tak sekolah. baru ingatkan nak stay dengan dia, and cerita masalah aku. tapi, tapi hmm takpelah :')

    penat, sakitnya hanya aku je yg tanggung :') untung ada ayah, abang asyraf yg selalu spent time dgn aku untuk dengar masalah aku. ikmal dah pergi, sejak aku gaduh dgn dia harituh,dia dah tak macam dulu. bila call pun, ada je alasan dia taknak cakap dgn aku. text pun mana nak reply dah. apa salah aku weyy? apa salah akuu? aku nak balik kelantan nak jumpa dia face to face. tak tenang hidup aku dia macamtuh.

    hmmm, dah lah. nak tidur. seriously penat :') bye

Saturday, 27 April 2013

Bosan tahap gaban :/

Assalamualaikum

   hmm serious wehh bosan tahap gaban bila takde call/sms dari dia. sunyi jeee phone aku :/ aku pun dah jadi mcm tunggul asyik pandang jee phone tuh. haha aku nak jee buang phone tuhh tapi sayang. phone aku rosak. nasib baik ada phone lagi satuu.

   phone dia hilang. bulan 7 nanti baru dapat. err serupa takpayah pakai k sebab time tuh dah nak dekat PMR. lebih baik kau fokus pada PMR je k sayangg :') nak taknak, sanggup tak sanggup aku kena lalui jugakk. aku tengah cari pengganti text kau nihh wehh :P HAHAHA

   aku anggap nih dugaan untuk kita. mengajar aku erti kesabaran dan kerinduan :') hakhak takpee, dekat sekolah kita boleh jumpa kann. tapii aku malu kalau nak cerita depan-2 masalah aku dekat kau. hahaha nanti aku fikirkan canee :p

    aku harap time kau takda phone nihh, jaga diri baik- baik k. and selalu ingat, kemana sahaja kau pergi, pastikan hanya aku jeee yg ada dalam hati kauuu :') haha and pastikan hanya aku sorang je girlfriend kau, tiada yang lain :') jangan cari madu aku. aku taknak aku taknak aku taknak. kalau aku tahu ada, mati kau aku kerjakan. haha kbye

Sunday, 21 April 2013

SENTAP :'(

Assalamualaikum

    baru semalam je kan aku update, harini update lg. biarlah, aku tak tahu nak luahkan masalah aku dekat siapa. afiq, dia pergi pepustakaan, sampai hati dia tak bagitahu aku. serious, aku sentap tahap double triple yg buat aku sentap gila ah. *merepek* iera, perak mybe dia pergi. ikmal? wa fight sama dia. errr -.-

    then, dia langsung tak bagitahu aku yg phone dia rosak. punyalah aku tunggu dia on phone dari malam tadi nak suruh text yg aku hantar tuh delevered sampai aku nak tidur pun susah.kejap-kejap bangun. then, malam tadi jugalah sakit tuh datang tak henti- henti dan tersangatlah sakit hingga terkejutkan umi bangun untuk menolong. tapi, apa yg mampu dibuat, hanya boleh baring menahan sakit pinggang yg teramat :')

    okay. balik kpd entry. malam tadi dia tak cakap langsung nak pergi library. ya, aku tahu malam tadi kita macam apa ekk? nak kata gaduh, sikit ahh. haha tapi, bukan gaduh. entah, apape lah. tapi, apa salah nya kau bagitahu wehh. dah janji kan taknak ada rahsia antara kita. cuba kau baca text apa yg aku bagi. aku dah kata dalam tuh aku takkan ada rahsia lg dengan kau. aku nak terus- terang semuanya. aku nak kongsi semuanya dengan kau balik. tapi, sayang phone kau rosak. and kau takdapat nak baca text aku yg berjela- jela panjangnya macam buat karangan tuh. *tipu*

    aku buat semua tuh sebab aku sayang kau weh. serious talk, kali ni aku couple dgn kau rasa lain. dulu kalau aku couple, aku takkan peduli dgn semua pasal ex-2 aku. aku tak ambek berat langsung pasal dorang. bila aku gaduh dgn dorang, aku buat dek jee, aku buat taktahu. tapi, bila dgn kau sekarang. aku tak buat semua tuh. sbb? aku taktahu kenapa. kalau boleh, aku nak ambil tahu semuanya pasal kau. aku nak tahu tentang kehidupan kau. aku nak kau kongsi semuanya dgn aku.

   bila kita gaduh? aku cuba bertolak- ansur dgn kau. aku cuba mengalah even bukan salah aku. kau perasan tak aku buat semua tuh? perasan tak? *jerit* aku selalu fikir pasal kau. aku percaya kau even bukan seratus peratus. ya, mungkin aku tak berani nak janji. tapi, bukan aku takde keyakinan diri weh.keyakinan diri aku? biarlah aku je yg tahu. aku takut nak berjanji. ya, mungkin dulu aku sibuk ajak gaduh, dan sekarang kita gaduh tiap-tiap minggu dan hari minggu. tapi, dekat sekolah kita happy, kita okay, kita biasa je. pelik weh pelik <...>

   entah, aku taktahu dah apa nak jadi dengan keadaan kita sekarang ni. aku nak kau baca text yg aku bagi tuhhh. baca, baca dan tolong baca. aku harap kita jadi macam dulu balik. yang happy life. yg semuanya dikongsi bersama. ketawa bersama, menangis bersama. *lap air mata* tapi, dah dua kali kau cakap perkataan PUTUS yg aku taknak dengar. kau seakan-akan fade up, seakan- akan give up untuk mempertahankan couple kita. betul ke kau dah fade up? give up?

   adakah aku sorang je yg sibuk pertahankan hubungan kita sedangkan kau langsung tak berusaha? ya ke? ya ke? tapi, aku rasa tak dan aku harap tak langsung. sekian, aku penat menaip. aku penat, aku pening, aku lemah, aku nak jatuh, aku nak pitam. aku semuanya lah. tiga hari dah aku takmakan nasi. sampailah harini umi bersusah-payah buat makanan favourite aku nasi impit tapi aku hanya jamah sedikit sbb nak ambil hati umi. last aku makan makanan berat hari jumaat dgn dorang makan laksa. then, esoknya just makan kepok lekor. haha harini? entah. haha wa kurus, wa diet :P kbye

   

Saturday, 20 April 2013

Gembira dlm kesedihan :')

Assalamualaikum

   tadi petang kan kan ain datang kedai kita. hihi terharuu :3 okay, dari pukul 2 hingga pukul 6 baru dia balik. buat folio dengan dia. sambil borak, bergosip, mengumpat dan sebagainya. haha itu memang kerja kami tika dahulu di kelas sama.

   macam- macam diborakkan. macam- macam diceritakan. macam- macam yg diberitahu apa yg aku taktahu. okay. sadlife :') banyak yg aku taktahu. aku seidh bila dengar luahan hati dia. dan kami gelak balik lepas cerita tuh habis. itu memang kerja kami. haha

   dan disaat aku pula yg luahkan masalah, air mata jatuh. then, senyum balik di atas kesabaran,kekuatan yg diberi. dia suruh sabar. kuatkan diri,cekalkan hati. dimana aku pergi, mesti dengar 3 ayat ni. ya, mesti dan selalu aku dengar. 5 bulan aku tanggung. aku cuba kuat. ya aku kuat kata ain :)

   aku tak puas hati ada satu part ni. dah dua kali weh. dua kali ain bagitahu. fvck. aku akan sabar selagi aku boleh sabar. aku akan buat balik apa yg KAU dah buat. mohon KAU ingat, kalau KAU boleh buat, aku pun boleh. bukan KAU tak kenal aku, aku pantang bila orang cuba mencabar aku! bila KAU nampak KAU punya dgn orang lain, pantang aje KAU kan. pasti KAU meletup nak mampuih tahap jendul makan durian. *merepek* okay, aku nak buat macamtuh.dan aku tunggu masa untuk KAU sound aku.

   serious talk, aku tak pernah buat macamtuh lagi dlm hidup aku weh. KAU orang pertama! mungkin dia takkan rasa apape, tp aku yg merasanya. aku rasa sakit hati weh. sakit sangat!! semua orang tak suka akan KAU. dan aku pun mulai benci KAU. jangan buat aku semakin benci akan KAU! tahap kesabaran aku bukanlah tinggi seperti orang lain. sekali lg aku dengar, KAU akan kena. kbye

see, my bestfriend. my friendship, my sister, my younger sister, yes. ilove her. thanks selalu ada dengan aku. iloveyou dear NURAIN ARINA.

Saturday, 13 April 2013

AZMIL AFFIQ AZMAN :')

Assalamualaikum

    Azmil, aku minta maaf. hmmm aku taktahu kenapa boleh jadi macamni. aku tak larat wey, aku tak kuat yg kau kata. aku lemah. aku hanya insan biasa. aku manusia biasa. hmmm, aku minta maaf if aku buat kau nangis malam tadi.

   entahlah, aku taktahu nak kata apa. aku sebak bila fikir semua ni. semua berpunca dari aku kan? ya aku tahu salah aku. salah aku semua ni. aku minta maaf. maaf je yg mampu dikata :')

    aku harap kau kuat, tabah, and sabar dgn kerenah aku k. aku tahu kau orangnya kuat. kau orangnya penyabar. sabar kau ada banyak tahap kan. sabar kau kan tinggi gunung everest. haha i'm sorry k.

   kalau boleh aku taknak berpisah dgn kau sekarang. baru 4 bulan weyy :( aku nak lama lagi. kalau boleh taknak berpisah dgn kau pun. tp, cinta monyet mana nak kekal kan. aku percaya tuh. hmm aku sayang kau. aku sayang kau. tapi, aku minta maaf ya. aku tak janji boleh jadi macam dulu :') tp, aku akan try.

Friday, 12 April 2013

Hmmmm :'(

Assalamualaikum

     Aku aku aku entahlah weyy. taktahu apa nak jadi sekarang ni. apa title sebenar ehh? haha aku pun taktahu. aku nak cerita semuanya. ya semua yg ada dlm hati aku. aku sepi. aku sendiri walaupun aku tahu aku ada iera, aku ada azmil, aku ada awin, ada pika, ada anis, ada ain, ada semuanya.

    tapi, entahlah. aku seakan- akan takboleh nak bercerita. aku rasa mulut aku mcm tertutup bila aku nak cerita. ya, memang banyak rahsia yg aku simpan. terlalu banyak. aku minta maaf ya korang. sepatutnya kalau dah jadi kawan, memang tak patut ada rahsia lg antara kita. tapi aku? aku takboleh nak cerita. aku taktahu nak mula dari mana.

     terlalu banyak ujian yg aku lalui bersama keluarga aku. ujian yg maha berat di tahun 2013. tahun ni lah aku rasa bukan diri aku yg sebenar. aku penat. aku sakit. aku pening bila fikir semua ni. aku takboleh duduk sorang- sorang. aku mesti banyak berfikir. tadi, tokma dgn tok ayah sampai. aku salam dorang, aku peluk dorang. dorang nangis. dorang terus suruh aku sabar. dorang suruh aku tabahkan diri, cekalkan hati dan paling penting kuatkan semangat.

    aku try kuatkan semangat. aku takboleh hidup macamni. yg penuh dgn kepura- puraan. aku takboleh. dan aku taknak. aku nak diri aku yg dulu. tapi, boleh keeeeeeeeeee? tempat aku luahkan masalah sekarang ni pun aku taktahu dah dekat siapa. tapi, yg paling banyak aku cerita masalah aku dgn sepupu aku. ikmal, ya dia faham aku walaupun umur aku lebih tua dari dia. aku selalu cerita masalah aku dekat dia melalui call. dia selalu call aku. dia selalu dengar masalah aku. dia selalu bagi nasihat dekat aku. dia selalu suruh aku sabar. dia selalu suruh aku kuatkan semangat.

     dekat sekolah aku ceria. aku gelak. aku buat lawak. aku buli orang. semuanya aku buat. takde sape pun tahu yg aku tgh sedih sbb aku memang pandai berlakon. kalau orang yg betul- betul kenal aku. dia akan tahu  masa aku tengah menipu or jujur. if aku tgh tipu, aku takkan pandang muka orang tuhh and takkan bertentang mata dgn dia. hehe itulah aku ^^

    now, aku tengah tunggu ikmal sampai dari kelantan sbb esok kitorang ada wedding dekat putrajaya. aku rindu diaaaaaaaaaaaaaaa :'( cerita pasal afiq, haha korang kenal afiq? hmm afiq. entahlah dia. aku rasa dia dah banyak berubah. aku rindu diaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'( aku nak dia yg dulu. yg dulu. yg duluuuuuuuuuu :( yg selalu ada dgn aku, yg selalu ambek berat pasal aku, yg faham aku, yg selalu pujuk aku, yg selalu bg ceramah dekat aku, yg semuanya lah. harini genap 4 bulan kitorang bersama. harap- harap kekal.

    ain arina? hmmm dia. lagilahh :( dah langsung takde spent time dgn aku sejak kelas lain ni. k aku faham. semuanya dah pergi. pergi. kini ku berasa kehilangan~ hahaha aku tahu salah aku yg taknak cerita dekat korang apa masalah aku. aku tahu salah aku. aku tahu salah aku ku ku ku ku. Aku harap semuanya akan beransur macam dulu. insyaallah :)