Hi, minggu ni jee serious aku memang takde mood gila. bila dkt sekolah, aku akan mengelamun dan tanpa sedar air mata aku menitis. bila menitis, dan ada kawan aku yg perasan, aku akan tunduk. tutup muka dan berkata aku okayy. dan aku akan kembali ceria dengar lawak jenaka kawan kawan aku.
Ya allah, kuatkan hambamu ini. ya allah, kau berikanlah aku kesabaran, ketabahan menghadapi semua ujianmu ini. aku memang susah menangis, jarang sekali nak tengok aku menangis kecuali ada sebab yg memang buat aku takboleh tahan dgn ujian Allah. dan kali ini, setiap kali aku solat, aku akan menitiskan air mata dan selepas solat, aku akan berdoa mohon kepadanya agar dibukakan hatinya untuk berubah.
Ya, aku hanya mohon dia berubah. berubah menjadi lebih baik. dia bukannya orang jahat, dia orangnya baik. tapi, disebabkan syaitan yg merasuk, dia lupa bahawa dunia ini hanya sementara. aku kesian dengan dia, kesian yg teramat. kalau boleh aku taknak menyusahkan dia. dekat sekolah, aku cuba berjimat sebab aku tahu dia tak ada duit.
Ya allah, kau berikanlah dia sinar keinsafan agar dia berubah. ya allah, kau ubahkanlah diri dia. ya allah, kau kekalkanlah hubungan yg selama 15 tahun terjalin ini. kau berikanlah mereka kasih sayang, hadirkanlah balik perasaan cinta dlm diri mereka. jgn adakan perpisahan dalam hubungan ini kerana aku masih perlukan mereka. masih banyak yg aku nak balas jasa baik budi mereka, aku nak jaga mereka kalau aku sempat, bahagiakan mereka, aku nak diorang bangga dengan kejayaan aku.
Mudah-mudahan semua itu akan sempat untuk aku dan adik- beradik aku balas jasa baik budi mereka. kau janganlah berikan perpisahan yg melanda dlm diri mereka. kuatkan jodoh mereka. hadirkan sifat jujur dalam dirinya bila berkata- kata. mudah- mudahan semuanya akan berakhir dgn yg baik- baik belaka. insyaallah :)
No comments:
Post a Comment